Saturday, April 4, 2009

Ada kata tak terkejut ...

Memang betui ,berita tentang kemasukkan kumpulan PPP dan beberapa pemimpin bahagian negeri Kedah bukan kejutan sebenar.Sebenarnya ada lagi kejutan yang betui2 terkejut selepas ini.Lepas PRK mungkin seminggu atau sebulan selepas tu.Sebab nak Lawan Mamat Najib ini bukan sehari dua saja.Kalau lepas semua tak dak defence plak lepas ni.

Kita akan buat kejutan lagi kalau BN buat kejutan kat kita pulak. Cokolat Angin akan beri clue sikit2 selepas ni...

PKR long...long..... forever

Dulu orang pandang PKR macam anak yatim yang miskin.Sekarang anak telah membesar dan semakin sihat semakin ramai nak berkawan sama PKR. PKR mengalukan sesiapa sahaja menyertai PKR asalkan bersetuju memegang prinsip yang sama iaitu perjuangan menegakkan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.No rasuah no salahguna kuasa no beli orang and no hipokrit.Reformasi....!!!!!!

Bukit Selambau 3 lawan 1

Aku dah agak perkara ini terjadi kiranya Al Tun Tuya Najib jadi Pm.Dia guna semula kepala zalim .Siapa lg kalau tak Tun Madey.Selain itu Pak Lah juga akan digunakan untuk menarik penyokong UMNO yang tak suka Madey dan Najib. Tiga manusia ini sebenarnya sedang bertarung dengan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Itu sebenarnya yang berlaku.Depa ini akan sampai Bkt Selambau 6 HB 09

Pkr tetap akan menang di Bkt Selambau.Itu keputusan terkini culaan.Hangpa tak mau percaya sudah.

La ni ramai geng kita sedang diekori rapat oleh Ketua Cawangan polis Bkt Selambau.

Friday, April 3, 2009

Umno dah gelabah semua dia nak ugut.

Umno dan BN semakin terdesak di Bkt. Selambau,Ini berikutan tindakan parti sayap Umno yang baru iaitu PDRM menahan dan menyoal siasat pemilik rumah yang membenarkan program PKR di jalanlkan di kediaman beliau di Laguna merbok.Walau bagaimanapun pemilik rumah berkenaan dengan tegas mempertahankan pendiriannya membenarkan premis beliau digunakan oleh pihak PKR dalam kempen N25 Bkt Selambau.

Mereka (UMNO) begitu terkejut melihat pendudukLaguna Merbuk memberi sambutan hebat program kempen PKR.

Selain itu pihak polis juga membuat ancaman terhadap aktivis baru yang bergerak cergas dengan mengugut untuk ditangkap kerana bergerak aktif.Sekali lagi aktivis ini dengan pendirian tegas dan berani terus mara dengan lebih hebat lagi walaupun telah diugut.

Pejuang Paktan Rakyat bukan pengecut macam pemuda UMNO yang hanya berani apabila ada polis di belakang sahaja. Kami pemuda pakatan sanggup berkorban apa sahaja asalkan BN tumbang.

Wednesday, April 1, 2009

Kerajaan laki bini

Pemimpin pakatan lebih berisiko

Seluruh Negara menantikan Najib menjadi PM yang keenam.Riuh satu Pahang sedang buat persiapan menyambut PM paling kontrovesi dan terpalit dengan beberapa laporan polis.Paklah dijangka meletakkan jawatan esok dan jumaat ini seluruh penyokong Najib berduyun pergi kekediaman Najib bagi mengucapkan tahniah dan mencium tangan dengan harapan menjadi kroni Najib.

Namun itu dipihak Najib,tetapi bagi pihak Pakatan Rakyat risiko besar menanti pejuang kebenaran dan keadilan. Para pemimpin pakatan dan seluruh penyokong Pakatan akan melalui ujian yang dijangka lebih kejam dan zalim berbanding zaman Mahathir.

Seluruh penyokong dan pejuang keadilan dan kebenaran di bumi Malaysia bakal melalui zaman gelap dan pemerintahan kukubesi sekiranya manusia bernama Najib ini dimakbul kan doa Rosmah untuk suami beliau menjadi PM keenam.

Dulu semasa pemerintahan PakLah digelar kerajaan anak beranak,kini kerajaan Najib akan menjadi kerajaan laki bini. Segala keputusan penting akan diputuskan diatas katil bukan diparlimen atau putrajaya.

Sunday, March 22, 2009

Lagi keluar PKR

Belum lagi penamaan calon sudah ada desas desus ahli PKR akan meninggalkan parti.Cerita ini timbul apabila saya bertemu orang dalam kumpulan tersebut,beliau mengesahkan perkara ini cuma tarikh keluar belum ditentukan.
Cerita keluar parti dan tinggalkan PKR adalah kerja lama dan tidak mendatangkan sebarang kudis dan panau kepada PKR.Kalau nak dikira dari 1999 hingga kini jumlah ahli keluar parti dan sertai Bn atau tidak sertai mana-mana telah melebihi jumlah sebenar ahli PKR negeri Kedah
Terdapat juga ahli yang akan meninggalkan parti untuk kali ketiga demi mencari sesuap nasi.
Saya fikir sekiranya program ini menjadi kenyataan saya ucapkan selamat tinggal dan parti tidak memerlukan kumpulan yang lebih mementingkan diri sendiri

Thursday, March 5, 2009

Dugaan datang lagi

Selepas gembira seketika tatkala membaca sisipan pendedahan yang lebih jelas oleh sebuah akhbar Perancis mengenai kematian Altantuya Sharibuu.Bagi saya mungkin inilah tembakan tepat yang mengenai dada najib.
Selepas itu trima pulak sms dari kawan pasai Din Binjai buat press confrenc,Pulak dah,Masuk TV 3 lagi Buletin Utama.Memang benar Allah akan menguji kita dengan seribu kepayahan sebelum kita boleh dinobatkan sebagai juara.
Nasihat saya pada yang lain,kiranya ada masalah sebesar manapun,kembalilah kepada kerangka perjuangan yang lebih besar.Semua tau Ahli majlis dia dah tak disambung,kerja sapa pun kita selesaikan dalam parti,kemudian cakap tak kisah kalau tak ada jawatan.Baguslah tu... yang ramai2 berjuang tak dapat apa langsung ni nak kira macamana?Hang dapat rasa jugaklah ahli majlis cikai.
Kalau hang rasa sebagai pejuang tulen tunjukan kita sebagai pejuang tulen.
Keluar pulak pasai Datuk Zaharin ada rasuah.Kalau dia ada rasuah awat awai2 hang tak dedah tunggu dah tak sambung ahli majlis baru nak cerita.
Buat macam mana lagi dah,yang lain2 kalau nak buat pc pastikan jangan terkeluar dari tujuan pc yang sebenar.wartawan ni pun cekap,pandai korek,depa pikiaq apa asal berita sensasi dapat duit yang kita cunggit.
saya harap saudara Din tidak terpesona dengan panggilan Ezam dan Khairul,depa ni dok syok lah la ni.Depa akan call Din selepas ini.saya jamin punya lah.Nasihat pada saudara Din masih ada masa untuk kita berbincang dan memperbetulkan yang mana tak kena.aku tau hang tak salah tapi yang dok bagi jem ni pun dulu pun mai dari ameno jugak.taktik tu jugalah yang depa pakai,Takkan hang tak tau kot.
Ok lah , ingat balik yang kita susah2 dulu berdemo sana sini,menangis sampai kering air mata.Bab duit toksah kata lah,semua benda berharga dah gadai.Ceramah satu malaya,gambar Anwar pelekat merata tempat.Ingatlah dulu bendera pun dua kolor saja la dah tambah merah.Sampai satu masa hang pun tinggal kereta Tiara saja.balik demo nak bayar tol pun tarak.
Aku sedih bila ingat saat susah kita dulu.kadang2 ingat biar kalah lagi senang berjuang.

Aku tulis ni sebab aku sedih jadi macamni,Sabar lah,dalam perjuangan kita kena banyak sabar.Kalau tanya nak sabar sampai bila?kita sabar sampai bila-bila.