Sunday, March 22, 2009

Lagi keluar PKR

Belum lagi penamaan calon sudah ada desas desus ahli PKR akan meninggalkan parti.Cerita ini timbul apabila saya bertemu orang dalam kumpulan tersebut,beliau mengesahkan perkara ini cuma tarikh keluar belum ditentukan.
Cerita keluar parti dan tinggalkan PKR adalah kerja lama dan tidak mendatangkan sebarang kudis dan panau kepada PKR.Kalau nak dikira dari 1999 hingga kini jumlah ahli keluar parti dan sertai Bn atau tidak sertai mana-mana telah melebihi jumlah sebenar ahli PKR negeri Kedah
Terdapat juga ahli yang akan meninggalkan parti untuk kali ketiga demi mencari sesuap nasi.
Saya fikir sekiranya program ini menjadi kenyataan saya ucapkan selamat tinggal dan parti tidak memerlukan kumpulan yang lebih mementingkan diri sendiri

No comments:

Post a Comment