Wednesday, March 4, 2009

Penyokong bermaklumat.

Setelah lebih sebulan kes Perak berlaku,namun masih ramai yang tidak memahami kisah sebenar kes rampasan kuasa ini. Ramai tidak menyedari telah mentafsir dan menghurai kes ini hanya bersandarkan andaian dan kutipan daripada akhbar yang dikuasai BN.Kegagalan memahami isu sebenar menyebabkan orang ramai melelong prinsip mereka malahan ada yang terpecaya sekejap oleh mainan isu derhaka kepada sultan Perak.
Antara isu yang mesti difahami dengan tepat ialah isu ,bagaimana Sultan telah menyalah tafsirkan kuasa beliau dalam bidang melantik MB walaupun MB lama masih ada dan sah.Isu kuasa speaker yang dipertikai oleh BN,dan memahami unudang2 tubuh negeri Perak itu sendiri.Semua isu penting ini mesti difahami supaya penyokong pakatan dan jentera pakatan dapat diserapkan kedalam minda orang ramai.
Pejuang pakatan mesti memperlibat gandakan usaha penyampaian kepada orang ramai selain menggunakan blog.Antara teknik penyampaian yang boleh dilaksanakan adalah seperti edaran risalah secara berskala besar,mengedar cd dan adakan sesi penerangan kepada penggerak parti dan mereka boleh menyebar secara tersusun kepada orang ramai.Ini sangat pentig kerana pakcik dan makcik ramai yang tak guna internet dan komputer.Mereka senantiasa gunakan media konservetif dan lapok.
kewujudan tiga lokasi pilihanraya kecil gagal menghalang orang ramai daripada terus berbicara soal Perak.Jadi analisis saya faktor Perak juga akan menjadi faktor penentu kemenangan di kedua lokasi di semenanjung dan mungkin sedikit berbeda di Batang Ai Serawak.
Kefahaman pengundi di dua kawasan pilihanraya kecil ini tentang hal Perak mesti dititik beratkan berbanding isu lain,apatah lagi kawasan u p u majoriti melayu bernabikan hang tuah.
Kita juga mesti bersedia sekiranya Najib altantuya benar-benar menjadi PM ketika hampir dengan PRK.
Apapun perjuangan kita akan terus subur dan bercambah walaupun terdapat cabaran.Mana mungkin kita merangkul kejayaan tampa melalui detik sukar dan hiba.

No comments:

Post a Comment