Thursday, February 19, 2009

Projek perbodohkan melayu,

Orang melayu macam biasa taat sultan sampai terlondeh seluar.Melayu masih tidak sedarkan diri daripada mitos daulat tuanku.Tidak apa yang lebih mulia selain taat pada perintah Allah.Taat pada sultan dan juga pemimpin juga antara tuntutan agama tetapi untuk sultan dan pemimpin yang taat pada perintah Allah dan Rasul sahaja.Bukan taat pada sultan dan pemimpin yang kaki maksiat dan pemimpin yang mencuri wang rakyat.
Terbaru isu speaker dewan negeri Perak yang mengenakan tindakan tegas terhadap MB haram baru dan enam exconya.Beliau dilihat sebagai penderhaka kerana melakukan perkara tersebut walaupun itu dibawah kuasa beliau.
Saya mencadangkan supaya UMNO berhenti menyorok dibelakang sultan.Berdepanlah secara pelembagaan dan berani,Jangan main sorok2 belakang sultan.Bahaya main kat belakang sultan,nanti termasuk susah.Siapa nak tanggungjawab.
Jangan perbodohkan melayu zaman globalisasi ini,bimbang rakyat sekarang masih hormat sultan walau tak ikhlas,kemudian nanti jadi meluat kat sultan pasal UMNO mempergunakan sultan untuk survival politik haram mereka.sultan pulak jangan jadi kuda kayu,keluarkanlah statment skit bahawa mereka tidak terlibat dalam kes speaker ni.Kalau sultan duduk diam. rakyat fikir sultan sama macam UMNO.
Kalau betul sultan ada kautim dengan UMNO,senang saja ,tutup dewan negeri,semua ahli mesyuarat exco kerajaan haram BN Perak buat mesyuarat kat istana duit rakyat sultan Perak.Sultan jadi speaker,jadi MB,jadi exco .sultan boleh jadi macam2 lagi.sultan nak jadi aaapppaaapun mamak pangkor.... bagi!! ,asal sultan ..................

1 comment:

  1. Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

    Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya

    Saya melihat secara analoginya istilah "Melayu" dan "Bumiputra" adalah "gumpalan sampah"... ibarat seorang batu api meletak gumpalan sampah di depan kita (Orang Melayu) dan di depan orang Cina supaya "RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSATU MENENTANG MEREKA"

    Batu Api: "Ok ni kepala bapak Orang Melayu.. (sambil meletak gumpalan sampah depan Orang Cina) dan ini kepala bapak Orang Cina dengan meletak gumpalan sampah depan Orang Melayu... Ok sekarang anda berdua sila sepak kepala bapak lawan masing-masing..."

    Orang yang bodoh akan bergaduh kerana segumpal sampah bekenaan. Dalam hal ini istilah "Bumiputra" atau "Melayu" itulah ibarat sampah yang digunakan untuk mengapi kaum. Ada ekuiti dinamakan "ekuiti BUMIPUTRA" ada raja "Dinamakan Raja Melayu" ada Islam dikatakan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" ada biasiswa untuk orang miskin dinamakan "Biasiswa Bumiputra" Nama MELAYU dan BUMUPUTRA bekenaan akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia supaya menyokong kumpulan yang dikatakan pejuang "KETUANAN MELAYU" pendek kata semua nak kaitkan dengan Melayu supaya semua Melayu menyokong mereka dan menggunakan nama itu dengan berkesan sekali sejak lebih 50 tahun.

    Gumpalan Sampah (Penggunaan nama Melayu dan Bumiputra) berkenaan tiada nilai satu sen pun dalam agama dan pada kemanusiaan. Jangan buang masa memikirkan sesuatu yang tiada faedah itu sehinggan porak peranda satu negara...
    Sekian..
    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    ReplyDelete