Saturday, February 7, 2009

Sultan oh! sultan.

Pada jangkaan saya, selepas ini kita akan dapat menyaksikan lagi beberapa insiden berkaitan kuasa kesultanan Melayu terhadap PR dan juga rakyat.Sultan2 ini akan menunjukan kuasa mereka kepada rakyat.Mereka akan melakukan beberapa perkara supaya rakyat kembali sujud dikaki mereka.Umno akan memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana ini.Sekarang ini pun sudah bermula seperti laporan polis terhadap DSAI dan DS Nizar ekoran keenganan mereka menerima keputusan sultan Perak melepaskan jawatan menteri besar Perak walaupun tindakkan itu jelas melanggar undang tubuh negeri Perak.
UMNO akan mengadakan demontrasi menjunjung kasih sultan perak kononya mereka lah yang paling sayang dan kasih kepada sultan yang zalim ini.Walaupaun yang akan hadir demontrasi tersebut entah buat solat lima waktu atau tidak.tepuk dada tanya selera.
Krisis sultan perak dengan rakyat perak tidak akan berkesudahan sebulan dua ini sahaja,bahkan ia menjadi titik mula runtuhnya sistem kesultanan melayu negara malaysia semenanjung.Saya tidak akan nafikan sekiranya cucu saya tidak lagi kenal dan mengetahui fungsi sultan2 ini.Banyak negara yang sudah tidak mengamalkan sistem beraja,keadaan ini berterusan apabila satu demi satu sistem beraja dan sultan yang hanya menghabiskan duit rakyat ini tertanam dinegara sendiri.Terkini sistem raja Nepal.Di Asia tenggara sendiri hanya Malaysia dan brunei masih ada sultan yang lain dah hilang dan tinggal sejarah.Thailand hanya Raja sahaja tak ada sultan yang ciput2 ni.Di india mungkin ada,tetapi Raja Kapur.
Aku tak kisah ada atau tak ada sistem ini,setakat nak naung orang Melayu dan kepentingan Melayu aku tak nampak apa2.Yang aku nampak bila raya dan nak dapat pangkat.
Kalau nak lindung orang melayu aku rasa tak payah pakai sultan,hanya ilmu dan kesungguhan dapat melindungi orang melayu daripada terpelanting.Zaman sekarang hanya orang berilmu dan cerdik boleh menguasai dunia ,Bukan mesti ada UMNO dan sultan yang dok perabih duit rakyat,joli sana sini pas tu minum arak.
Selepas ini akan ada kumpulan baru muncul yang akan mempertikai sultan2 yang dok ada di negara kita.itu sudah pasti.selepas 30 tahun dari sekarang sistem sultan2 ni mungkin dah tak ada,kalau kita umur panjang kita boleh tengok.Sekarang nipun orang bukan pakai sultan2 ni.Tetapi hanya hal2 tertentu sahaja berbanding seratus dua ratus tahun dahulu.
Lepas ini mungkin ada akta baru akan dibuat iaitu akta menderhaka kepada sultan dan raja.Kalau UMNO buat lagi cepat sistem ini reput tinggal tunggul.

No comments:

Post a Comment