Saturday, January 31, 2009

Biar dua exco ini pergi.

Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan berhenti.Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.Surat berhenti ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan.
Biarkan mereka pergi.mereka ada banyak masalah,Biar BN ambil mereka jadi anak angkat,Kalau letak jawatan sekalipun sudah tentu atas arahan dan persetujuan Najib.kiranya ada PRK di Perak.Kita tetap lawan habis2an/
Berbeza Datuk Nasa bersih dan tak banyak masalah.

Perak Bergegar.


Saturday, January 31, 2009


terkini 22:43pmPengerusi BBC, YB Khalil Idham Lim baru sahaja menghubungi teman, memberitahu keadaan yang berlaku kepada 2 exco Perak tidak perlu dibimbangkan. Tidak akan berlaku sebarang loncatan, mahupun lompatan. Kerajaan Perak tetap kukuh dengan majoriti lebih dari 1 ahli. Jangan bimbang ! kata beliau menutup bicara.al-Banjari : 2 ekor tu tak meloncat atau melompat, tapi 2 ekor tu akan 'terencat' seumur hidupnya jika benar itu tindakan yg diambilnya meninggalkan perjuangan !
Kisah dari Parit,Perak (terkini):SEBENTAR tadi saya menghubungi Ketua Penerangan PAS Parit, Rafie Kasini untuk mendapatkan pengesahan tentang kepungan AMK terhadap rumah Adun Bota, Nasharuddin Hashim di Bota Kiri bagi mengelak beliau dari melompat semula ke BN.Rafaie mengesahkan, di Bota keadaannya makin gawat dan cerita dua Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu akan melompat sudah bergentayangan sejak tiga hari lalu. Malah petang tadi, katanya, Jamaluddin ada menghubungi seorang rakannya (pimpinan PKR Perak) mengesahkan "Kerajaan Perak akan tumbang" malam ini, dalam perbualan itu.Rafaie kesal dengan sikap beberapa pimpinan PAS seolah-olah 'tidak tahu menahu' apa yang sedang terjadi. Dua Exco ini dikatakan sudah dikuarantin di rumah Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. Namun timbul kecurigaan melampau, bagaimana SPRM boleh dibabitkan?Dua Exco ini, mengikut sumber adalah dua Adun dan Exco Perak yang akan melompat ke BN malam ini atau pada masa terdekat. Sementara Nasharuddin Hashim ditawarkan oleh Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Perak yang baru sekiranya BN kembali berkuasa. Ini menjadikan tiga Adun PKR yang akan melompat, kata sumber itu tanpa menolak kemungkinan ia akan diikuti oleh dua Adun DAP yang dikatakan bermasalah.Kata satu sumber lagi, seorang pimpinan PKR Parit pernah menyebut beberapa hari lalu untuk menjadi Setiausaha Politik kepada MB Perak yang baru, Nasaruddin Hashim. Ini cukup mencurigakan dan apabila isu ini timbul hari ini, segala-galanya bagaikan sudah terlambat dan ia membabitkan banyak orang.Berdoalah kepada Allah SWT agar Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat dirungkai dan dijatuhkan dengan permainan Umno dan BN ini. Dan ambillah pengajaran oleh semua pimpinan agar tidak tersilap membuat tindakan hingga menyebabkan orang lain 'sakit hati' dan menikam semula belakang kita.....Al-Banjari

Sunday, January 25, 2009

Umno mula nak mengamuk

Tahniah YB.Datok Nassarudin Hashim kerana berani membuat keputusan keluar daripada parti rasis dan menyertai PKR.Saya tidak mengenali dengan rapat dengan YB ini,tetapi melalui apa yang saya baca dan dengar daripada berita dan blog2,beliau menyertai PKR setelah gagal mempertahankan kerusi bahagian UMNO Parit.Selain itu beliau telah tidak disambungkan kontrak untuk menerajui Felcra.
walauapapun ,tindakan beliau menyertai PKR menambahkan lagi kecelaruan UMNO yang sebelum ini pun sudah tidak terbendung.Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau seperti mengkhianatai amanah rakyat yang telah mengundi beliau pada PRU lepas.Semua mesti faham untuk membela rakyat tidak semestinya YB itu datang daripada UMNO,dari parti2 lain pun boleh .Nak jadi bebas pun boleh membela rakyat.Tetapi tindakan beliau memilih PKR sebagai wadah perjuangan beliau yang seterusnya mestilah ada sesuatu yang istimewa dan sesuai dengan falsafah beliau.Beliau sudah pasti berfikir semasak2nya sebelum menyertai PKR,mana mungkin keputusan ini dibuat kelmarin,Sekurang2 nya dua minggu lepas.Walaupun keputusan ini dilakukan selepas beliau gagal mempertahankan jawatan yang telah disandang sebelum ini,ini tidak boleh dikatakan kemasukan kedalam PKR kerana kecewa.
Selama ini beliau berada didalam UMNO sudah pasti kerana wang dan perjuangan.apabila wang sudah tidak boleh diharapkan lagi maka perjuangan sahajalah yang tinggal.Kalau berada dalam UMNO semata2 untuk berjuang lebih baik join PKR.Sudah tentu PKR sebuah parti yang benar2 berjuang untuk rakyat dan tak usah berfikir untuk merebut harta benda.
Mengapa beliau memilih PKR dan keluar selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu?Anda semua tahu jawapanya.PKR dan PR adalah sebuah parti dan gabungan yang akan meneraju negara pada masa hadapan,kerana prinsip perjuangan PKR dan PR yang jelas untuk semua bangsa dan agama.Beliau melihat ini waktu yang tepat untuk keluar daripada UMNO dan BN kerana UMNO dan BN sudah tidak mampu memikat rakyat secara majoriti untuk terus berada dibawah payung UMNO dan BN.Buktinya PRU lepas,Permatang Pauh dan yang terbaru rakyat menolak BN sekali lagi di Kuala Terengganu.
Kemasukan beliau didalam PKR akan newujudkan suasana baru didalam PPN Perak.PPN PKR Perak mesti memberi laluan kepada beliau memegang mana2 jawatan yang sesuai didalam PPN PKR Perak.Natijahnya segala kesulitan sementara dapat diliputi impak yang jauh lebih positif.
Segala macam rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku didalam sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan BN.Keadaan BN kini yang paling lemah dalam sejarah,yang tak mungkin dapat diperbaiki lagi.
Kisah lompatan ini memberitahu kita bahawa segala provokasi dan cerita dongeng memburukan kerajaan PR di Perak dan lima negeri lain tidak memberi kesan.Kita akan melihat lagi kisah2 seperti ini akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Saya berharap beliau mampu menahan segala asakan yang dilakukan oleh UMNO selepas ini.Berkemungkinan akan ada laporan polis terhadap beliau.Segala macam rintangan mungkin beliau terpaksa harungi. Namun ini hanya sementara,apabila semakin banyak lompatan berlaku maka UMNO semakin lemah ,dan akhir sekali lakukanlah apa sahaja jenis lompatan UMNO tidak terdaya menghalang, bahkan UMNO suatau hari nanti tidak akan mampu mengurus walaupun diri sendiri.
Jangan terkejut sekiranya selepas ini UMNO akan menggezetkan perlembagaan parti baru bagi menghalang lompatan seperti ini.
Saya mengucapkan selamat datang kepada Datuk Nasaruddin Hashim kedalam keluarga PKR.

Thursday, January 22, 2009

Semoga Blog ini diberkati Allah

Assalamualaikum
Sekian lama saya membaca dan menelaah blog2 yang telah disediakan oleh rakan2 dan sahabat maya,lama kelamaan terasa pula saya untuk mengendali blog sendiri.Disini saya boleh memberikan pandangan saya terhadap semua isu2 yang wujud didalam pasaran politik negara.Saya tidak akan terikat dengan mana2 pihak berkenaan tulisan dan pandangan saya.

Suasana politik tanahair yang telah berubah sejak 08 Mac 2008 hingga kehari ini.Bertitik tolak dari situ hinggalah ke Kuala Terengganu suasana politik semakin mendebarkan.Tiada lagi parti yang boleh mendabik dada sebagai dominen di negara ini.Manakala parti Bersifat konservetif makin tidak mendapat sambutan rakyat.segenap penjuru hanya menceritakan lurah2 dalam yang bakal dilalui BN.Tiada lagi suara gembira puteri UMNO,bunyi motor mat2 rempit pimpinan menantu Paklah dan Aziz Baling.
Semuanya serba tak kena ibarat ayam berak kapur,tuan ayam masuk hospital.Rakyat telah mengajar pemimpin parti klasik yang sombong dengan tangan2 mereka.Hari demi hari rakyat makin perkasa.Suara rakyat menjadi puaka, tukang tilik tersalah kira dulu raja kini gembala.