Sunday, January 25, 2009

Umno mula nak mengamuk

Tahniah YB.Datok Nassarudin Hashim kerana berani membuat keputusan keluar daripada parti rasis dan menyertai PKR.Saya tidak mengenali dengan rapat dengan YB ini,tetapi melalui apa yang saya baca dan dengar daripada berita dan blog2,beliau menyertai PKR setelah gagal mempertahankan kerusi bahagian UMNO Parit.Selain itu beliau telah tidak disambungkan kontrak untuk menerajui Felcra.
walauapapun ,tindakan beliau menyertai PKR menambahkan lagi kecelaruan UMNO yang sebelum ini pun sudah tidak terbendung.Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau seperti mengkhianatai amanah rakyat yang telah mengundi beliau pada PRU lepas.Semua mesti faham untuk membela rakyat tidak semestinya YB itu datang daripada UMNO,dari parti2 lain pun boleh .Nak jadi bebas pun boleh membela rakyat.Tetapi tindakan beliau memilih PKR sebagai wadah perjuangan beliau yang seterusnya mestilah ada sesuatu yang istimewa dan sesuai dengan falsafah beliau.Beliau sudah pasti berfikir semasak2nya sebelum menyertai PKR,mana mungkin keputusan ini dibuat kelmarin,Sekurang2 nya dua minggu lepas.Walaupun keputusan ini dilakukan selepas beliau gagal mempertahankan jawatan yang telah disandang sebelum ini,ini tidak boleh dikatakan kemasukan kedalam PKR kerana kecewa.
Selama ini beliau berada didalam UMNO sudah pasti kerana wang dan perjuangan.apabila wang sudah tidak boleh diharapkan lagi maka perjuangan sahajalah yang tinggal.Kalau berada dalam UMNO semata2 untuk berjuang lebih baik join PKR.Sudah tentu PKR sebuah parti yang benar2 berjuang untuk rakyat dan tak usah berfikir untuk merebut harta benda.
Mengapa beliau memilih PKR dan keluar selepas kekalahan BN di Kuala Terengganu?Anda semua tahu jawapanya.PKR dan PR adalah sebuah parti dan gabungan yang akan meneraju negara pada masa hadapan,kerana prinsip perjuangan PKR dan PR yang jelas untuk semua bangsa dan agama.Beliau melihat ini waktu yang tepat untuk keluar daripada UMNO dan BN kerana UMNO dan BN sudah tidak mampu memikat rakyat secara majoriti untuk terus berada dibawah payung UMNO dan BN.Buktinya PRU lepas,Permatang Pauh dan yang terbaru rakyat menolak BN sekali lagi di Kuala Terengganu.
Kemasukan beliau didalam PKR akan newujudkan suasana baru didalam PPN Perak.PPN PKR Perak mesti memberi laluan kepada beliau memegang mana2 jawatan yang sesuai didalam PPN PKR Perak.Natijahnya segala kesulitan sementara dapat diliputi impak yang jauh lebih positif.
Segala macam rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah berlaku didalam sistem pentadbiran dan pemerintahan kerajaan BN.Keadaan BN kini yang paling lemah dalam sejarah,yang tak mungkin dapat diperbaiki lagi.
Kisah lompatan ini memberitahu kita bahawa segala provokasi dan cerita dongeng memburukan kerajaan PR di Perak dan lima negeri lain tidak memberi kesan.Kita akan melihat lagi kisah2 seperti ini akan berlaku dalam tempoh terdekat.
Saya berharap beliau mampu menahan segala asakan yang dilakukan oleh UMNO selepas ini.Berkemungkinan akan ada laporan polis terhadap beliau.Segala macam rintangan mungkin beliau terpaksa harungi. Namun ini hanya sementara,apabila semakin banyak lompatan berlaku maka UMNO semakin lemah ,dan akhir sekali lakukanlah apa sahaja jenis lompatan UMNO tidak terdaya menghalang, bahkan UMNO suatau hari nanti tidak akan mampu mengurus walaupun diri sendiri.
Jangan terkejut sekiranya selepas ini UMNO akan menggezetkan perlembagaan parti baru bagi menghalang lompatan seperti ini.
Saya mengucapkan selamat datang kepada Datuk Nasaruddin Hashim kedalam keluarga PKR.

No comments:

Post a Comment