Saturday, January 31, 2009

Perak Bergegar.


Saturday, January 31, 2009


terkini 22:43pmPengerusi BBC, YB Khalil Idham Lim baru sahaja menghubungi teman, memberitahu keadaan yang berlaku kepada 2 exco Perak tidak perlu dibimbangkan. Tidak akan berlaku sebarang loncatan, mahupun lompatan. Kerajaan Perak tetap kukuh dengan majoriti lebih dari 1 ahli. Jangan bimbang ! kata beliau menutup bicara.al-Banjari : 2 ekor tu tak meloncat atau melompat, tapi 2 ekor tu akan 'terencat' seumur hidupnya jika benar itu tindakan yg diambilnya meninggalkan perjuangan !
Kisah dari Parit,Perak (terkini):SEBENTAR tadi saya menghubungi Ketua Penerangan PAS Parit, Rafie Kasini untuk mendapatkan pengesahan tentang kepungan AMK terhadap rumah Adun Bota, Nasharuddin Hashim di Bota Kiri bagi mengelak beliau dari melompat semula ke BN.Rafaie mengesahkan, di Bota keadaannya makin gawat dan cerita dua Exco Kerajaan Perak, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu akan melompat sudah bergentayangan sejak tiga hari lalu. Malah petang tadi, katanya, Jamaluddin ada menghubungi seorang rakannya (pimpinan PKR Perak) mengesahkan "Kerajaan Perak akan tumbang" malam ini, dalam perbualan itu.Rafaie kesal dengan sikap beberapa pimpinan PAS seolah-olah 'tidak tahu menahu' apa yang sedang terjadi. Dua Exco ini dikatakan sudah dikuarantin di rumah Najib Tun Razak di Pekan, Pahang. Namun timbul kecurigaan melampau, bagaimana SPRM boleh dibabitkan?Dua Exco ini, mengikut sumber adalah dua Adun dan Exco Perak yang akan melompat ke BN malam ini atau pada masa terdekat. Sementara Nasharuddin Hashim ditawarkan oleh Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Perak yang baru sekiranya BN kembali berkuasa. Ini menjadikan tiga Adun PKR yang akan melompat, kata sumber itu tanpa menolak kemungkinan ia akan diikuti oleh dua Adun DAP yang dikatakan bermasalah.Kata satu sumber lagi, seorang pimpinan PKR Parit pernah menyebut beberapa hari lalu untuk menjadi Setiausaha Politik kepada MB Perak yang baru, Nasaruddin Hashim. Ini cukup mencurigakan dan apabila isu ini timbul hari ini, segala-galanya bagaikan sudah terlambat dan ia membabitkan banyak orang.Berdoalah kepada Allah SWT agar Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat dirungkai dan dijatuhkan dengan permainan Umno dan BN ini. Dan ambillah pengajaran oleh semua pimpinan agar tidak tersilap membuat tindakan hingga menyebabkan orang lain 'sakit hati' dan menikam semula belakang kita.....Al-Banjari

No comments:

Post a Comment