Sunday, February 15, 2009

Pakatan diingat jangan over confident.

Saya menasihatkan Pakatan Rakyat usah over confident dalam mengharungi prk di dua bukit ini,iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Gesaan saya bukan bertujuan melemahkan atau ada maksud tertentu tetapi sejarah banyak membuktikan bahawa Over confident boleh membawa padah.Lihat apa yang telah berlaku pada BN ,Pada PRU lepas akibat terlalu yakin mereka dapat mengekalkan majoriti akhirnya mereka kehilangan sebahagian kerusi parlimen dan lima negeri.Pimpinan mesti waspada dengan taktik Najib yang lebih cenderung kearah kejahatan dan salahguna kuasa secara berlebihan.Ruang detik yang panjang apabila tarikh mengundi diusung hingga kehujung 7 April,sesuatu yang belum pernah berlaku apabila tarikh prk ditetapkan diakhir 60 hari tempoh prk.Mereka pasti akan merencana rancangan jahat seperti mengubah daftar pemilih,menghilang pemilih India,menyediakan pengundi hantu.Ini antara babak seram yang paling menakutkan kita.Saya berpesan kepada teman2 agar memanfaat waktu yang panjang ini dengan pelbagai aktiviti yang membina kekuatan pakatan.Usahlah kita asyik leka dan seronok melihat drama pemilihan agong UMNO mac depan.Walaupun kita mungkin menerima impak positif daripada keadaan dalaman mereka yang kucar kacir ini bukan bermakna mereka tidak bersedia.
Isu meletakkan calon biarlah pucuk pimpinan yang memutuskanya dan saya ingatkan kepada pelobi agresif supaya merendahkan volume lobi anda supaya calon dilihat lebih konsisten dan bukan gelojoh dan tamak.Walau apapun alasan pelobi,tindak tanduk songsang akan mamburukkan keadaan dan tidak mambantu sesiapapun.
Buat jentera pakatan,tunjukanlah semangat pakatan yang tinggi.Kita dituntut supaya lebih matang menangani keadaan supaya keutuhan pakatan dapat menggerunkan pertahanan BN.Lupakan kerut2 lepas dan kita mara menyerang kuasa kejahatan melampau yang diterajui sekarang oleh Najib Altantuya Scorpine B.Rosmah Al-Kaki Joli.

3 comments:

  1. yup setuju bro... bab lobi melobi nih kita jangan campur ler ... biaq pi kat mid man alkutty jer buat kerja cam tuh .... pasai dia cekap bab bawak pelari mesorat nih ....kih...kih...kih.... Din komando pendek pun boleh join sekali kah ... kah .... kah ....

    ReplyDelete
  2. antara dua bukit telah timbul bukit ketiga bukit teLANJANg

    ReplyDelete
  3. kah kah kah antara dua bukit dah timbul bukit ketiga bukit teLANJANg

    ReplyDelete