Thursday, March 5, 2009

Dugaan datang lagi

Selepas gembira seketika tatkala membaca sisipan pendedahan yang lebih jelas oleh sebuah akhbar Perancis mengenai kematian Altantuya Sharibuu.Bagi saya mungkin inilah tembakan tepat yang mengenai dada najib.
Selepas itu trima pulak sms dari kawan pasai Din Binjai buat press confrenc,Pulak dah,Masuk TV 3 lagi Buletin Utama.Memang benar Allah akan menguji kita dengan seribu kepayahan sebelum kita boleh dinobatkan sebagai juara.
Nasihat saya pada yang lain,kiranya ada masalah sebesar manapun,kembalilah kepada kerangka perjuangan yang lebih besar.Semua tau Ahli majlis dia dah tak disambung,kerja sapa pun kita selesaikan dalam parti,kemudian cakap tak kisah kalau tak ada jawatan.Baguslah tu... yang ramai2 berjuang tak dapat apa langsung ni nak kira macamana?Hang dapat rasa jugaklah ahli majlis cikai.
Kalau hang rasa sebagai pejuang tulen tunjukan kita sebagai pejuang tulen.
Keluar pulak pasai Datuk Zaharin ada rasuah.Kalau dia ada rasuah awat awai2 hang tak dedah tunggu dah tak sambung ahli majlis baru nak cerita.
Buat macam mana lagi dah,yang lain2 kalau nak buat pc pastikan jangan terkeluar dari tujuan pc yang sebenar.wartawan ni pun cekap,pandai korek,depa pikiaq apa asal berita sensasi dapat duit yang kita cunggit.
saya harap saudara Din tidak terpesona dengan panggilan Ezam dan Khairul,depa ni dok syok lah la ni.Depa akan call Din selepas ini.saya jamin punya lah.Nasihat pada saudara Din masih ada masa untuk kita berbincang dan memperbetulkan yang mana tak kena.aku tau hang tak salah tapi yang dok bagi jem ni pun dulu pun mai dari ameno jugak.taktik tu jugalah yang depa pakai,Takkan hang tak tau kot.
Ok lah , ingat balik yang kita susah2 dulu berdemo sana sini,menangis sampai kering air mata.Bab duit toksah kata lah,semua benda berharga dah gadai.Ceramah satu malaya,gambar Anwar pelekat merata tempat.Ingatlah dulu bendera pun dua kolor saja la dah tambah merah.Sampai satu masa hang pun tinggal kereta Tiara saja.balik demo nak bayar tol pun tarak.
Aku sedih bila ingat saat susah kita dulu.kadang2 ingat biar kalah lagi senang berjuang.

Aku tulis ni sebab aku sedih jadi macamni,Sabar lah,dalam perjuangan kita kena banyak sabar.Kalau tanya nak sabar sampai bila?kita sabar sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment