Wednesday, April 1, 2009

Kerajaan laki bini

Pemimpin pakatan lebih berisiko

Seluruh Negara menantikan Najib menjadi PM yang keenam.Riuh satu Pahang sedang buat persiapan menyambut PM paling kontrovesi dan terpalit dengan beberapa laporan polis.Paklah dijangka meletakkan jawatan esok dan jumaat ini seluruh penyokong Najib berduyun pergi kekediaman Najib bagi mengucapkan tahniah dan mencium tangan dengan harapan menjadi kroni Najib.

Namun itu dipihak Najib,tetapi bagi pihak Pakatan Rakyat risiko besar menanti pejuang kebenaran dan keadilan. Para pemimpin pakatan dan seluruh penyokong Pakatan akan melalui ujian yang dijangka lebih kejam dan zalim berbanding zaman Mahathir.

Seluruh penyokong dan pejuang keadilan dan kebenaran di bumi Malaysia bakal melalui zaman gelap dan pemerintahan kukubesi sekiranya manusia bernama Najib ini dimakbul kan doa Rosmah untuk suami beliau menjadi PM keenam.

Dulu semasa pemerintahan PakLah digelar kerajaan anak beranak,kini kerajaan Najib akan menjadi kerajaan laki bini. Segala keputusan penting akan diputuskan diatas katil bukan diparlimen atau putrajaya.

No comments:

Post a Comment