Monday, April 27, 2009

PRK Penanti pasti.BN letak calon.

Pilihanraya kecil Penanti telah pasti berlaku dan BN akan meletakan calon. Indikator yang saya perolehi Najib akan menjilat semula ludahnya dengan gelemanya sekali apabila mengubah keputusan untuk bertanding. Keputusan ini juga menggambarkan sikap sebenar beliau iaitu tidak berpendirian dan terburu2 ketika membuat keputusan, selain itu keputusan ini membuktikan suara mamak bendahara masih berbisa dan Najib sememangnya lemah dan mudah dipengaruhi oleh si mamak yang banyak membantu beliau sehingga Najib boleh menjadi PM.
Antara faktor meletakkan calon oleh BN di Penanti ialah mahu mengelak dilabelkan sebagai pengecut dan terlibat dengan syndrom takut mati.
Beberapa keputusan dan perubahan peraturan bodoh SPR terhadap pilihanraya ini juga memberikan petunjuk kecil kearah isu mereka mahu bertanding atau tidak.

1 comment:

  1. ai... masuk sinar harian nampak??
    hahhahaa... semua hulubalang heavyweight dok kat depan nampaknya.. pandai depa tangkap gambaq..
    hik.. hik.. :P~

    ReplyDelete