Friday, April 3, 2009

Umno dah gelabah semua dia nak ugut.

Umno dan BN semakin terdesak di Bkt. Selambau,Ini berikutan tindakan parti sayap Umno yang baru iaitu PDRM menahan dan menyoal siasat pemilik rumah yang membenarkan program PKR di jalanlkan di kediaman beliau di Laguna merbok.Walau bagaimanapun pemilik rumah berkenaan dengan tegas mempertahankan pendiriannya membenarkan premis beliau digunakan oleh pihak PKR dalam kempen N25 Bkt Selambau.

Mereka (UMNO) begitu terkejut melihat pendudukLaguna Merbuk memberi sambutan hebat program kempen PKR.

Selain itu pihak polis juga membuat ancaman terhadap aktivis baru yang bergerak cergas dengan mengugut untuk ditangkap kerana bergerak aktif.Sekali lagi aktivis ini dengan pendirian tegas dan berani terus mara dengan lebih hebat lagi walaupun telah diugut.

Pejuang Paktan Rakyat bukan pengecut macam pemuda UMNO yang hanya berani apabila ada polis di belakang sahaja. Kami pemuda pakatan sanggup berkorban apa sahaja asalkan BN tumbang.

2 comments:

  1. Parti PKR mesti ada identiti.

    Parti PKR mempunyai potensi yang besar untuk menjadi pesaing kuat dan menonjol kepada UMNO dan BN. Kalau dalam BN, parti UMNO menjadi tonggak kepada BN maka parti PKR boleh menjadi parti tonggak dalam PR.
    Malah dari segi beberapa sudut parti PKR mempunyai banyak kelebihan berbanding parti UMNO. Antaranya, parti PKR adalah parti yang membuka pintu keahliannya kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
    Sudah kelihatan, trend akan datang ini rakyat Negara kita tidak mahukan pemimpin-pemimpin Negara yang hanya melihat kepada permasalahan kaum mereka sahaja, sebaliknya mereka lebih senang kepada pemimpin yang melihat permasalahan rakyat Malaysia secara keseluruhan, bukan mengikut kaum.
    Tidak hairanlah kalau DS Najib dalam ucapan sulungnya sebagai PM telah menganjurkan idea satu Malaysia. Tetapi ini tentulah sukar untuk dilakukan kerana beliau sendiri pun berada dalam parti yang berasaskan perjuangan kaum.
    Oleh itu parti politik seperti parti PKR rasanya adalah lebih cucuk untuk membawa idea satu Malaysia ini kerana parti ini adalah parti yang memperjuangkan kehendak rakyat dan bukan berasaskan perjuangan kaum.
    Apa yang perlu diusahakan oleh parti PKR sekarang ialah parti ini harus memperteguhkan jati diri dan identitinya.
    Parti PKR tidak harus dilihat sebagai parti serpihan UMNO walaupun tidak dapat dinafikan ramai ahli-ahlinya terdiri dari bekas ahli UMNO.
    Parti PKR mesti mengamalkan dan mendokong nilai-nilai universal yang baik dan mulia supaya dapat meyakinkan orang ramai tanpa mengira kaum dan agama, untuk memberii sokongan kepadanya.
    Nilai-nilai yang mulia yang utama yang wajib ada itu adalah seperti telus, bebas, adil, demokratik, meritokrasi, berpendirian, tidak rasuah, amanah, jujur , ikhlas dan perihatin.
    Nilai-nilai lain yang perlu juga dipertimbangkan ialah seperti sifat sederhana, menghormati dan memahami sensitivity kaum dan agama, tidak bersifat melampau dan setiap permasalahan kaum dan agama hendaklah diselesaikan secara hikmah dan berdiplomasi.
    Setiap kali melakukan pemilihan pemimpin, pilihan hendak diberikan kepada pemimpin yang boleh membawa dan memperjuangkan aspirasi dan nilai-nilai yang disebutkan di atas.
    Berbanding parti PAS dan DAP yang selalu dilihat serong sebagai parti pelampau agama dan kaum, parti PKR telah menyediakan platform yang sangat baik dan sesuai untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
    Apa pun terpulanglah kepada ahli-ahli PKR dan pemimpin mereka untuk mencorakkan parti itu. Kalau buruk perangai mereka maka buruklah nama parti mereka. Walaubagaimana indah slogan dan moto sesuatu parti itu, akhirnya sikap ahli dan pemimpin parti itulah yang sebenarnya yang akan mencerminkan identiti sesuatu parti politik itu.

    ReplyDelete
  2. hey terdengar mamak akan naik kedua-dua bukit. ada sediakan apa-apa hadiah "sambut" mamak?

    ReplyDelete