Friday, October 23, 2009

Papantanda tulisan jawi

Saya bersyukur kepada ilahi kerana hayat kerajaan PR Kedah terus bernadi,walaupun ada usaha segelintir orpotunis politik berusaha menjatuhkan kerajaan Kedah.
Saya tidak menafikan tulisan jawi adalah tulisan yang bersifat islamiah.Namun begitu penggunaan tulisan tersebut amat terbatas sekali,terutama apabila kerajaan Malaysia menghapuskan penggunaan tulisan ini diketika Khir Johari menjadi Menteri pelajaran pada waktu itu.
Setelah sekian lama tulisan jawi dipandang sepi oleh ramai masyarakat islam dinegara ini,muncul sebuah kerajaan PR yang di menteri besarkan oleh Azizan Razak cuba mengembalikan kegemilangan tulisan jawi dengan langhkah awal menggunakan tulisan tersebut sebagai tulisan utama pada papan iklan besar dan promosi2 kerajaan negeri Kedah,saya mengucapkan tahniah dan syabas diatas usaha kerajaan negeri walaupun ramai anak muda tidak memehami langsung maksud tulisan tersebut walaupun tulisan sebesar kereta Kancil 660.
Saya tidak menafikan langsung usaha ini,tetapi ia patut dimulakan dengan pendidikan dan pemahaman tulisan jawi terlebih dahulu di kalangan masyarakat sebelum tulisan jawi dijadikan tulisan utama pada bill board dan banting2 kerajaan negeri.
Kita mesti memikirkan matlamat papantanda itu diwujudkan bukan untuk dijadikan hiasan ditepi2 jalan.Saya perhatikan terdapat papantanda sekarang dinegeri Kedah menggunakan tulisan jawi sedangkan ramai dikalangan masyarakat kita tidak memahaminya apatah lagi bukan Islam.Saya akui kerajaan PR Kedah yang didominasi oleh PAS lebih Islam daripada kerajaan P. Pinang dan Sekangor,namun janganlah sampai membazir wang rakyat dengan papantanda yang sukar difahami oleh orang ramai.
Saya cadangkan,kerajaan kedah menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan utama dan meletakkan tulisan jawi dibawahnya.Rakyat yang tidak boleh membaca tulisan jawi tidak dapat belajar dengan cara tersebut,seperti kita melihat tulisan Cina dan India sekian lama tetapi tidak dapat memahaminya sehingga sekarang walaupun telah melihatnya berpuluh tahun,kerana kita tidak mempelajarinya.
Masih ada banyak cabang lain yang boleh menunjukan kita ,menjunjung syiar Islam seperti membuka lebih banyak kelas fardhuain dan kelas ilmu pada waktu malam secara percuma kepada orang ramai.

1 comment:

  1. Jawi is easy-on-the-eye, smart + easy to learn.
    It has only 17 sweet dancing letters.

    Semarak Jawi dengan:

    1. TRACING THE ORIGINS OF THE JAWI SCRIPT
    http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t159294.html
    http://www.kitlv-journals.nl/index.php/btlv/article/viewFile/3096/3857

    2. Digital Jawi Khattat:
    http://typophile.com/node/48495
    http://typophile.com/files/Mir3mad.pdf
    http://typophile.com/files/MirEmad.pdf
    http://typophile.com/node/19348
    http://typophile.com/files/Naskh%20Aziz_0.pdf
    http://www.typophile.com/node/58330
    http://www.ejawi.net/v3/download/kbjawiv3.1.1.zip

    3. Teka Silang Kata Kelopak
    http://www.typophile.com/node/51401
    http://typophile.com/files/Krosslang.pdf
    http://typophile.com/files/Key-Whls.pdf
    http://typophile.com/files/K-flower.pdf

    4. Papantanda Tulisan Jawi.
    -----------------------------------
    Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

    ReplyDelete