Tuesday, August 4, 2009

Permatang Pasir.

Amk dari setiap peringkat akan bersetuju sesiapa sahaja menjadi calon Dun Permatang Pasir.Umum telah mengetahui kerusi ini adalah milik PAS,jadi tidak timbul persoalan untuk PKR meletakan calon. Kami akan membantu pada setiap sudut semasa kempen berlangsung. AMK sama sekali tidak akan melakukan perkara bodoh seperti boikot atau tidak membantu calon yang bertanding walaupun bukan calon PKR. AMK berpandangan jauh dan sama sekali tidak mahu menyakiti secara sengaja atau tidak sengaja perhubungan parti parti dalam Pakatan Rakyat.
Kesan kezaliman polis terhadap demonstran semasa tunjuk perasaan GMI 1 ogos lepas masih dirasai. AMK menjangkakan proses kempen dan penamaan calon akan menjadi tegang, ini berikutan ketidakpuasan hati anak anak muda terhadap polis. Mereka mungkin menjadikan platform ini untuk membalas dendam terhadap petugas BN dan polis.

No comments:

Post a Comment