Monday, June 1, 2009

Penakut

TPM berkata kemenangan PKR di Penanti bukan kemenangan mutlak, kenyataan ini menunjukan kekesalan BN sendiri yang telah membuat keputusan tidak menyertai PRK Penanti tetapi terlibat dalam kempen. Setelah memperolehi keputusan di Penanti diperolehi,jelas menunjukan BN berpeluang menang sekiranya bertanding. Ini berdasarkan jumlah majoriti dan undi yang diperoleh Dr. Mansor Osman.

BN yang berada dalam keadaan ditelan mati emak dan luah mati bapak,apa sahaja keputusan yang dilakukan senantiasa tidak menyebelahi mereka. Sekiranya BN masuk bertanding sudah pasti pengundi PKR yang berada diluar kawasan dan sedang bertugas akan menunaikan tanggungjawab mereka,jumlah mereka tidak kurang 1500 orang. Jumlah ini dicampur dengan jumlah undi yang diperolehi sekarang sebanyak 6000 sudah pasti jumlah undi PKR yang diperolehi ialah lebih 7500 undi. BN akan memperoleh undi tetap sebanyak 4500 undi. Maka majoriti PKR sebanyak 3000 undi, meningkat berbanding Mac 08.

1500 pengundi PKR tidak menunaikan tanggungjawab kerana mereka beranggapan PKR confirm menang dan tiada ancaman untuk PKR tewas. Mereka mengambil sikap berkecuali dan meneruskan rutin harian seperti biasa.

Saya percaya sekiranya BN bertanding keadaan akan berbeza. Kita akan boleh menilai penerimaan rakyat Malaysia terhadap Najib terutama pengundi Melayu kepada BN di Manek Urai.Kelantan.

No comments:

Post a Comment