Saturday, May 16, 2009

Kematian.

Didalam keghairahan dan keasyikan daripada kita mengejar cita2 politik,kita juga wajib berusaha dan bertanggungjawab menentang virus H1N1,tanpa mengira fahaman dan agama.

walau sesiapapun kita,ia tidak boleh terlepas daripada risiko ini yang bukan sahaja boleh menghapuskan pewaris UMNO malah seluruh umat manusia akan terhapus sekiranya kita tidak menangani kes ini dengan serius.Tidak perlu kita berpolitik sekiranya sebahagian rakyat Malaysia telah terkorban dan sebahagian besar lagi sedang merana serangan virus ini.

Virus ini berbeza dengan virus selsema burung Atau H5N1.Selsema burung juga superflu tetapi cara jangkitan sedikit berbeza daripada virus H1N1. Selsema burung hanya berjangkit melalui sentuhan,air liur dan darah sahaja tetapi tidak melalui udara.Tetapi kali ini H1N1 boleh merebak melalui udara dan pernafasan.Walaupun sudah ada beberapa vaksin mampu mempertahan sistem imun badan apabila di serang tetapi bagaimana sekiranya virus ini berjangkit pada skala besar apakah vaksin yang terhad ini dan harga yang mahal mampu disediakan kepada seluruh rakyat Malaysia.?Apakah hospital kita mampu menampung jumlah pesakit pada skala besar,bagaimana pula kemampuan bahagian kecemasan hospital?apakah mampu menerima seribu atau lebih pesakit pada satu2 masa. Renung sejenak bala ini apakah manusia dapat menangkis ujian dari Allah ini atau kita akan lenyap daripada muka bumi ini.

Walaupaun ada pihak mempertikai fakta ini ,dengan hujah jangkitan ini adalah ciptaan manusia licik untuk menjual produk atau tentera baru untuk menakluk dunia. Tetapi bagaimana sekiranya ia benar2 serius dan tak mampu ditangani saintis moden.

No comments:

Post a Comment