Thursday, May 14, 2009

PRK Perak muslihat Madey.

Tiba2 Najib ubah pendirian nak bubar Dun Perak.Puak2 ni kalau mereka tak ada interest dalam satu2 hal mereka tak akan lakukan.Ini sudah tentu ada kisah belakang tabir. Saya nampak mereka akan redakan kemarahan rakyat Perak dengan membubar DUN demi menyelamat PRU 13. Ini adalah pengamatan Tun Madey bukan Najib yang teruk lebih dari Pak Lah. Bacaan mereka ialah kemarahan rakyat Perak mesti diredakan walaupun mereka terlepas Perak untuk kali kedua,ini bukan persoalan utama bagi Tun Madey tetapi yang lebih penting keputusan PRU 13 mestilah dipelihara kekal memihak kepada mereka.

Saya pula berpendapat tindakan membubar DUN Perak bukan sahaja meranapkan BN dan UMNO tetapi lebih kepada usaha Pakatan Rakyat menjatuhkan air muka Najib yang selama ini sudah teruk tercalar.Kekalahan yang akan mereka terima pada PRK Perak nanti bukan meredakan kemarahan rakyat tetapi mengecilkan lagi pengaruh BN pada rakyat.Kekalahan itu nanti akan digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia bahawa sebagai pedoman untuk mereka tentukan masa depan BN dan Najib itu sendiri.

No comments:

Post a Comment