Wednesday, June 10, 2009

Hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui...

Kebelakangan ini aku lihat sudah nampak pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak berminat dengan pakatan ini. Dari jauh aku nampak mereka ini sama sahaja macam pemimpin2 lain, tetapi sebenarnya tidak. Apabila timbul rancangan kerajaan perpaduan maka watak utama kes ini sebelum ini dilihat setuju dengan pakatan rupa2nya ada agenda tersendiri.

Kalau mengikut fahaman mereka ini tindakan Osman jailu dan Jamaluddin meninggalkan PKR dan Pakatan yang menyebabkan negeri Perak tersembab ketanah sebenarnya direstui mereka ini. Segala tindakan penyokong dan pimpinan pakatan menentang Najib dan BN berdemo dan merempoh FRU ketika krisis Perak hanyalah perbuatan sia2 pada pandangan mereka ini. Hujahnya ialah mereka sendiri juga berminat berkerjasama dengan Najib. Pada pandangan segelintir pimpinan Pas ini tindakan Osman dan Jamaluddin hanyalah mendahului cita2 mereka, dan tidak berdosa tindakan adun Perak ini meberikan sokongan pada BN, kerana mereka juga berminat berkerjasama bersama BN dan Najib . Ramai penyokong dan pimpinan Pas tertipu dengan mereka ini.

Projek menyertai BN UMNO yang diusahakan seorang dua pimpinan PAS ini bukan lah perkara yang baru timbul sehari dua ini,tetapi telah timbul sejak beberapa minggu selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri.Bagaimanapun ia semakin kuat selepas Si Nasa menang kerusi timbalan presiden Pas.

Pakatan Rakyat akan terus kekal hidup walaupun sebahagian pendokong dan pimpinan PAS meningalkan Pakatan Rakyat.Pakatan akan kekal hidup walaupun menghadapi cabaran luar dan dalam pakatan. Disini kita akan kenal siapa pengkhianat sebenar, biarpun pakatan bergoncang tetapi ia akan terus kehadapan. Sekiranya isu besar ini tidak ditangani oleh pimpinan Pas yang Pro Pakatan secara berkesan, ia akan menyebabkan parti Pas itu sendiri akan menghadapi perpecahan terbesar dalam sejarah dan berkemungkinan besar parti Pas sendiri akan terpencil sendiri oleh tindakan bodoh beberapa pimpinannya.Ramai penyokong dan pejuang serta aktivis Pas akan menyeberang ke parti lain seperti PKR sekiranya ini benar2 berlaku.

Ulasan selanjutnya esok..................

No comments:

Post a Comment