Monday, June 8, 2009

Kembalilah Nasa and the gang.

Saya menyarankan pihak pimpinan Pas menjelaskan kedudukan mereka terhadap isu kerajaan tadika perpaduan yang boleh menyulitkan gagasan pakatan rakyat untuk menerajui Malaysia pada pru 13 yang akan datang. Usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini hanya mainan politik BN yang mahu melihat Pakatan rakyat berpecah dan tidak mampu bergabung semula pada Pru 13. Mengapa cetek sangat pemikiran seorang dua dalam pimpinan Pas. Saya menyokong penuh kenyataan Media oleh DPP Pusat dan Muslimat yang berdiri teguh bersama Pakatan dan menolak sekeras2nya gagasan kerajaan perpaduan gila ini yang akan memakan diri sendiri. Sekiranya terdapat seorang dua pimpinan Pas yang tidak bersetuju dengan Ketua Pembangkang DSAI tentang beberapa hal maka berundinglah sesama kita dalam pakatan. Jangan buat kira2 untuk memuaskan hati sendiri.

Anwar juga suatu ketika boleh menjadi PM selepas era Paklah sekiranya menyertai semula UMNO BN selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004,projek yang diusahakan oleh mamat Ezam Md Nor. Tetapi Anwar lebih memikirkan sejarah dan rakan2 seperjuangan lain terutama rakan2 dari Pas yang banyak memberi sokongan selama beliau berada dalam penjara selama enam tahun.

Nasa rakan2 & co. !!! cukuplah setakat ini usahakamu untuk membentuk kerajaan perpaduan. Kami dalam pakatan masih menghomati kamu dan kembalilah dalam saf perjuangan Pakatan Rakyat.....Beritahulah kepada kami apa jawatan yang kamu and the gang mahukan apabila kita memegang kuasa pusat. Janganlah mengemis daripada syaitan bertopeng manusia.

No comments:

Post a Comment