Tuesday, June 30, 2009

ROYALTI MINYAK : UMNO-BN TIPU RAKYAT KELANTAN.

ROYALTI MINYAK : UMNO-BN TIPU RAKYAT KELANTAN ! harakah daily Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan. Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu. "Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ. "Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online. Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.....harakah daily.

NAJIB SLASHES BUMIPUTERA EQUITY QUOTAS.

NAJIB SLASHES BUMIPUTERA EQUITY QUOTAS , FIC ROLE-malaysian insiderMalaysia today made sweeping changes to its capital markets to boost foreign investments, cutting Bumiputera equity quotas for share offerings and in fund management firms while trimming the role of a powerful but conservative panel overseeing such investments.Najib Razak dropped the 30 per cent Bumiputera equity requirement for Malaysian firms seeking public listing, the cornerstone of the New Economic Policy (NEP), but they will now have to offer 50 per cent of the public shareholding spread to Bumiputera investors.

Monday, June 15, 2009

Jangan sampai UMNO menarik diri di PRK Manek Urai

Pas harus memastikan UMNO BN bertanding di Manek Urai supaya Pakatan Rakyat dapat membuat penggarisan semula pemuafakatan supaya lebih kemas dan akrab.Isu kerajaan perpaduan yang di suarakan oleh Haji Hadi dan beberapa pimpoinan otai Pas sedikit sebanyak menganggu ketenangan yang kita nikmati setahun ini didalam Pakatan Rakyat.

Segala kecelaruan yang timbul dikalangan penyokong Pakatan Rakyat ,bolehlah kita selesaikan dengan kerjasama erat di Manek Urai. Awal -awal lagi PKR sama sekali tidak akan memboikot rakan Pakatan di mana2 PRK walaupun PKR tidak meletakan calon hatta AMK dan wanita PKR.Kerjasama erat dan sokongan tidak berbelah bagi akan dipertaruhkan demi kemenangan Pakatan Rakyat di Manek Urai.

Sebaliknya boleh berlaku apabila UMNO membalas pelawaan PAS untuk bermuqabalah dan mengambil keputusan menghormati Pas atas kesediaan bermuqabalah dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan UMNO mengambil keputusan menarik diri daripada meletakkan calon.Sekiranya ini berlaku ..............

Thursday, June 11, 2009

Anwar mungkin kembali ketempat asal.

Setelah aku dan beberapa sahabat meneliti tindak tanduk kerajaan BN aku pasti tiada jalan keluar untuk Anwar Ibrahim terlepas daripada hukuman penjara untuk kali ketiga.

Kerajaan telah mengatur berpuluh2 program yang menjadi indikator PRU 13.

Antara tindakan terkini ialah kerajaan Pusat telah mengadakan temuduga terbuka kepada rakyat yang menganggur di semua pejabat buruh di seluruh negara.

Mengumumkan bahawa ekonomi kita telah pulih. Tidak mengumumkan kenaikan harga petrol sehingga september(selesai PRU 13).

Menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Altantuya (kononya) Sirul dan Azilah .Najib akan terlepas.

Akan ada lagi beberapa pengumuman yang akan mengembirakan rakyat terbanyak dengan harapan mereka berjaya menggunakan strategi terdahulu iaitu menghumban Anwar kedalam penjara pada 1999 dan seterusnya mengadakan PRU 10.

Memperbaiki hubungan dengan kaum Cina dan menggadai beberapa kepentingan Melayu demi memulih sokongan kaum Cina kepada BN. Slogan satu Malaysia semata - mata memujuk bukan Melayu menyokong semula BN.

Jalanya ialah, Anwar akan didapati bersalah pada bulan Julai ini dan dijatuhi hukuman penjara beberapa tahun diatas tuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari. Anwar secara automatik akan kehilangan kelayakan sebagai ahli parlimen Ptg Pauh dan ketua pembangkang.Kerusi ini akan dibiar kosong sehingga PRU 13. Anwar tidak layak menjadi PM sehingga akhir hayat.

Pihak interligent BN telah menghasut pimpinan Pas supaya menyokong UMNO BN dengan hujah Anwar benar2 terlibat terhadap pertuduhan liwat dan akan dijatuhi hukuman penjara, Kebetulan pimpinan Pas ini percaya dan mengambil langkah bersekongkol dengan BN supaya Kedah,Selangor ,Perak dan Kelantan akan berada dibawah pemerintahan kerajaan perpaduan bermenteri besar PAS selepas PRU 13.

Kerajaan perpaduan akan lebih hebat gendangnya selepas Anwar didapati bersalah pada perbicaraan Julai nanti.

Sebenarnya beberapa Pemimpin PAS hanya mementingkan interest berbanding perjuangan.Mereka bersetuju Pakatan Rakyat pada peringkat awal sahaja ,Tetapi apabila mereka tidak memperolehi semua interest yang mereka mahukan , maka lainlah jadinya. Mereka hanya hendak menggunakan gelombang Anwar sahaja pada PRU 12 yang lepas bukan Anwar melebihi mereka selepas PRU 12.

Dahulu Anwar dibela oleh Pas ketika dianiaya tetapi kini Anwar bersendirian apabila dianiaya kali kedua , ibarat kata pepatah "habis madu sepah dibuang"

Wednesday, June 10, 2009

Hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui...

Kebelakangan ini aku lihat sudah nampak pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak berminat dengan pakatan ini. Dari jauh aku nampak mereka ini sama sahaja macam pemimpin2 lain, tetapi sebenarnya tidak. Apabila timbul rancangan kerajaan perpaduan maka watak utama kes ini sebelum ini dilihat setuju dengan pakatan rupa2nya ada agenda tersendiri.

Kalau mengikut fahaman mereka ini tindakan Osman jailu dan Jamaluddin meninggalkan PKR dan Pakatan yang menyebabkan negeri Perak tersembab ketanah sebenarnya direstui mereka ini. Segala tindakan penyokong dan pimpinan pakatan menentang Najib dan BN berdemo dan merempoh FRU ketika krisis Perak hanyalah perbuatan sia2 pada pandangan mereka ini. Hujahnya ialah mereka sendiri juga berminat berkerjasama dengan Najib. Pada pandangan segelintir pimpinan Pas ini tindakan Osman dan Jamaluddin hanyalah mendahului cita2 mereka, dan tidak berdosa tindakan adun Perak ini meberikan sokongan pada BN, kerana mereka juga berminat berkerjasama bersama BN dan Najib . Ramai penyokong dan pimpinan Pas tertipu dengan mereka ini.

Projek menyertai BN UMNO yang diusahakan seorang dua pimpinan PAS ini bukan lah perkara yang baru timbul sehari dua ini,tetapi telah timbul sejak beberapa minggu selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri.Bagaimanapun ia semakin kuat selepas Si Nasa menang kerusi timbalan presiden Pas.

Pakatan Rakyat akan terus kekal hidup walaupun sebahagian pendokong dan pimpinan PAS meningalkan Pakatan Rakyat.Pakatan akan kekal hidup walaupun menghadapi cabaran luar dan dalam pakatan. Disini kita akan kenal siapa pengkhianat sebenar, biarpun pakatan bergoncang tetapi ia akan terus kehadapan. Sekiranya isu besar ini tidak ditangani oleh pimpinan Pas yang Pro Pakatan secara berkesan, ia akan menyebabkan parti Pas itu sendiri akan menghadapi perpecahan terbesar dalam sejarah dan berkemungkinan besar parti Pas sendiri akan terpencil sendiri oleh tindakan bodoh beberapa pimpinannya.Ramai penyokong dan pejuang serta aktivis Pas akan menyeberang ke parti lain seperti PKR sekiranya ini benar2 berlaku.

Ulasan selanjutnya esok..................

Monday, June 8, 2009

Kembalilah Nasa and the gang.

Saya menyarankan pihak pimpinan Pas menjelaskan kedudukan mereka terhadap isu kerajaan tadika perpaduan yang boleh menyulitkan gagasan pakatan rakyat untuk menerajui Malaysia pada pru 13 yang akan datang. Usaha mewujudkan kerajaan perpaduan ini hanya mainan politik BN yang mahu melihat Pakatan rakyat berpecah dan tidak mampu bergabung semula pada Pru 13. Mengapa cetek sangat pemikiran seorang dua dalam pimpinan Pas. Saya menyokong penuh kenyataan Media oleh DPP Pusat dan Muslimat yang berdiri teguh bersama Pakatan dan menolak sekeras2nya gagasan kerajaan perpaduan gila ini yang akan memakan diri sendiri. Sekiranya terdapat seorang dua pimpinan Pas yang tidak bersetuju dengan Ketua Pembangkang DSAI tentang beberapa hal maka berundinglah sesama kita dalam pakatan. Jangan buat kira2 untuk memuaskan hati sendiri.

Anwar juga suatu ketika boleh menjadi PM selepas era Paklah sekiranya menyertai semula UMNO BN selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004,projek yang diusahakan oleh mamat Ezam Md Nor. Tetapi Anwar lebih memikirkan sejarah dan rakan2 seperjuangan lain terutama rakan2 dari Pas yang banyak memberi sokongan selama beliau berada dalam penjara selama enam tahun.

Nasa rakan2 & co. !!! cukuplah setakat ini usahakamu untuk membentuk kerajaan perpaduan. Kami dalam pakatan masih menghomati kamu dan kembalilah dalam saf perjuangan Pakatan Rakyat.....Beritahulah kepada kami apa jawatan yang kamu and the gang mahukan apabila kita memegang kuasa pusat. Janganlah mengemis daripada syaitan bertopeng manusia.

Saturday, June 6, 2009

Berkahwin 2009 bercerai PRU 13

Setelah kemenangan mutlak Nasa sebagai timbalan presiden PAS,tercetus semula ide kerajaan perpaduan yang diusahakan secara serius oleh Nasa dan geng Mustafa Ali .Ide ini bertujuan menghalang DSAI daripada menjadi PM melalui Pakatan Rakyat. Ide ini medapat sokongan penuh Najib Magnolia dan BN. Perkara ini bukan lagi rahsia, sekiranya ide ini termakbul maka tiada harapan lagi rakyat malaysia untuk melihat suatu Malaysia baru. Kes Altantuya akan tenggelam begitu sahaja apabila ada pemimpin kita tidur bersama Najib. Segala rasuah dan penyelewengan dahulu akan lenyap begitu sahaja. Kes Memali sudah dianggap selesai. Segala dosa BN UMNO kepada rakyat tak akan diungkit dan dibahaskan lagi. Lupakan hudud buat selamanya kerana tak mungkin puak2 UMNO yang terdiri daripada perasuah perompak perogol kaki zina penyalahgunaan kuasa dan beribu dosa lagi akan menerima perintah Allah ini?

Apa yang kita dapat ialah beberapa jawatan dalam kabinet,pengagihan peruntukan yang mungkin adil untuk YB2 ADUN dan Parlimen, Ruang media TV yang lebih sedikit daripada sekarang dan yang paling besar kita perolehi ialah kekecewaan rakyat kepada kita yang memilih kita untuk membentuk malaysia baru dan adil yang jauh dari bayangan BN.

Apa akan jadi pada PRU 13? apakah kita perlu bercerai semula dengan BN dan berkempen semula menentang mereka, Apakah kita boleh mengkapirkan mereka semula setelah bertalak satu kerana PRU.

Apakah Nasa takut kepada DAP.?
Apakah Nasa tak suka pada Anwar?
Apakah BN benar ikhlas?
Bagaimana kes rampasan kuasa di Perak.?
Apakah kerajaan perpaduan hanya untuk semenanjung dan bukan Sabah Serawak?
beribu persoalan lagi...............

Monday, June 1, 2009

Penakut

TPM berkata kemenangan PKR di Penanti bukan kemenangan mutlak, kenyataan ini menunjukan kekesalan BN sendiri yang telah membuat keputusan tidak menyertai PRK Penanti tetapi terlibat dalam kempen. Setelah memperolehi keputusan di Penanti diperolehi,jelas menunjukan BN berpeluang menang sekiranya bertanding. Ini berdasarkan jumlah majoriti dan undi yang diperoleh Dr. Mansor Osman.

BN yang berada dalam keadaan ditelan mati emak dan luah mati bapak,apa sahaja keputusan yang dilakukan senantiasa tidak menyebelahi mereka. Sekiranya BN masuk bertanding sudah pasti pengundi PKR yang berada diluar kawasan dan sedang bertugas akan menunaikan tanggungjawab mereka,jumlah mereka tidak kurang 1500 orang. Jumlah ini dicampur dengan jumlah undi yang diperolehi sekarang sebanyak 6000 sudah pasti jumlah undi PKR yang diperolehi ialah lebih 7500 undi. BN akan memperoleh undi tetap sebanyak 4500 undi. Maka majoriti PKR sebanyak 3000 undi, meningkat berbanding Mac 08.

1500 pengundi PKR tidak menunaikan tanggungjawab kerana mereka beranggapan PKR confirm menang dan tiada ancaman untuk PKR tewas. Mereka mengambil sikap berkecuali dan meneruskan rutin harian seperti biasa.

Saya percaya sekiranya BN bertanding keadaan akan berbeza. Kita akan boleh menilai penerimaan rakyat Malaysia terhadap Najib terutama pengundi Melayu kepada BN di Manek Urai.Kelantan.