Saturday, May 16, 2009

Kematian.

Didalam keghairahan dan keasyikan daripada kita mengejar cita2 politik,kita juga wajib berusaha dan bertanggungjawab menentang virus H1N1,tanpa mengira fahaman dan agama.

walau sesiapapun kita,ia tidak boleh terlepas daripada risiko ini yang bukan sahaja boleh menghapuskan pewaris UMNO malah seluruh umat manusia akan terhapus sekiranya kita tidak menangani kes ini dengan serius.Tidak perlu kita berpolitik sekiranya sebahagian rakyat Malaysia telah terkorban dan sebahagian besar lagi sedang merana serangan virus ini.

Virus ini berbeza dengan virus selsema burung Atau H5N1.Selsema burung juga superflu tetapi cara jangkitan sedikit berbeza daripada virus H1N1. Selsema burung hanya berjangkit melalui sentuhan,air liur dan darah sahaja tetapi tidak melalui udara.Tetapi kali ini H1N1 boleh merebak melalui udara dan pernafasan.Walaupun sudah ada beberapa vaksin mampu mempertahan sistem imun badan apabila di serang tetapi bagaimana sekiranya virus ini berjangkit pada skala besar apakah vaksin yang terhad ini dan harga yang mahal mampu disediakan kepada seluruh rakyat Malaysia.?Apakah hospital kita mampu menampung jumlah pesakit pada skala besar,bagaimana pula kemampuan bahagian kecemasan hospital?apakah mampu menerima seribu atau lebih pesakit pada satu2 masa. Renung sejenak bala ini apakah manusia dapat menangkis ujian dari Allah ini atau kita akan lenyap daripada muka bumi ini.

Walaupaun ada pihak mempertikai fakta ini ,dengan hujah jangkitan ini adalah ciptaan manusia licik untuk menjual produk atau tentera baru untuk menakluk dunia. Tetapi bagaimana sekiranya ia benar2 serius dan tak mampu ditangani saintis moden.

Thursday, May 14, 2009

PRK Perak muslihat Madey.

Tiba2 Najib ubah pendirian nak bubar Dun Perak.Puak2 ni kalau mereka tak ada interest dalam satu2 hal mereka tak akan lakukan.Ini sudah tentu ada kisah belakang tabir. Saya nampak mereka akan redakan kemarahan rakyat Perak dengan membubar DUN demi menyelamat PRU 13. Ini adalah pengamatan Tun Madey bukan Najib yang teruk lebih dari Pak Lah. Bacaan mereka ialah kemarahan rakyat Perak mesti diredakan walaupun mereka terlepas Perak untuk kali kedua,ini bukan persoalan utama bagi Tun Madey tetapi yang lebih penting keputusan PRU 13 mestilah dipelihara kekal memihak kepada mereka.

Saya pula berpendapat tindakan membubar DUN Perak bukan sahaja meranapkan BN dan UMNO tetapi lebih kepada usaha Pakatan Rakyat menjatuhkan air muka Najib yang selama ini sudah teruk tercalar.Kekalahan yang akan mereka terima pada PRK Perak nanti bukan meredakan kemarahan rakyat tetapi mengecilkan lagi pengaruh BN pada rakyat.Kekalahan itu nanti akan digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia bahawa sebagai pedoman untuk mereka tentukan masa depan BN dan Najib itu sendiri.

Sunday, May 3, 2009

Pas di pohon lebih bersabar.

Parti Islam Se Malaysia atau PAS di pohon agar dapat menteteramkan pimpinan pemuda negeri Pulau Pinang agar lebih mengutamakan agenda Pakatan Rakyat daripada projek mempopularkan diri sendiri.Ini berikutan tindakan ketua pemuda PAS yang memboikot calon PKR dengan alasan yang lemah.Kita hanya tinggal beberapa lanhkah untuk menggapai Putrajaya...Harap dapat bertenang.PAS sudah berusia lebih 50 tahun dan sudah lama bersabar,harap bersabar sedikit lagi supaya kesabaran yang telah diberikan selama lebih 50 tahun tidak berkecai.

Henry Gurney

Kerajaan bercadang nak masukkan Mat rempit yang ditahan ke dalam sekolah pemulihan Henry Gurney.Kalau ini benar2 berlaku Mat rempit yang hanya tahu bawak motor laju langsung jadi perompak dan penyangak handalan selepas keluar nanti.
Tak ada idea lain kah? jangan asyik terlalu salahkan mereka. Cuba bina litar kat KL untuk mereka ini dengan bayaran masuk yang rendah seperti RM 2.sekali masuk.Kumpulan ini tak boleh disekat,mereka anak muda yang darah mereka bergelora.Mereka ini tak mungkin ikut kem ibadah atau kiamulail.
Buat aktiviti untuk mereka seperti pesta sukan malam minggu kat KL. Dulu ada acara sprint test kat seluruh negara sekarang dah tak ada .Katanya dah habis modal.Mintak sikit lah kat Najib,komisen kapal selam takkan dah habis.

PRK Penanti bukan untuk test power.

Fairus letak jawatan sebab ada masalah lain yang boleh ganggu kelincinan pentadbiran kerajaan pakatan di P.Pinang. Kalau nak tahu lebih tanyalah tuan badan sendiri.
PKR nak gantikan TKM 1 sebab Fairus tak cukup hebat walaupun didapati tak terlibat dengan rasuah.Yang sedia ada bukan pilihan utama.Yang berkaliber ada kat luar jadi kena buat sebegini supaya TKM baru benar2 TKM pilihan rakyat bukan pakai angkat melalui senator.Ada pihak tak senang hati sebab banyak sangat PRK,pendapat saya kiranya merasa penat tak usah bertanding di Penanti bagi PKR menang free ajalah. Simpan tenaga di Alam shah dan Bukit Lanjan.