Thursday, February 19, 2009

Projek perbodohkan melayu,

Orang melayu macam biasa taat sultan sampai terlondeh seluar.Melayu masih tidak sedarkan diri daripada mitos daulat tuanku.Tidak apa yang lebih mulia selain taat pada perintah Allah.Taat pada sultan dan juga pemimpin juga antara tuntutan agama tetapi untuk sultan dan pemimpin yang taat pada perintah Allah dan Rasul sahaja.Bukan taat pada sultan dan pemimpin yang kaki maksiat dan pemimpin yang mencuri wang rakyat.
Terbaru isu speaker dewan negeri Perak yang mengenakan tindakan tegas terhadap MB haram baru dan enam exconya.Beliau dilihat sebagai penderhaka kerana melakukan perkara tersebut walaupun itu dibawah kuasa beliau.
Saya mencadangkan supaya UMNO berhenti menyorok dibelakang sultan.Berdepanlah secara pelembagaan dan berani,Jangan main sorok2 belakang sultan.Bahaya main kat belakang sultan,nanti termasuk susah.Siapa nak tanggungjawab.
Jangan perbodohkan melayu zaman globalisasi ini,bimbang rakyat sekarang masih hormat sultan walau tak ikhlas,kemudian nanti jadi meluat kat sultan pasal UMNO mempergunakan sultan untuk survival politik haram mereka.sultan pulak jangan jadi kuda kayu,keluarkanlah statment skit bahawa mereka tidak terlibat dalam kes speaker ni.Kalau sultan duduk diam. rakyat fikir sultan sama macam UMNO.
Kalau betul sultan ada kautim dengan UMNO,senang saja ,tutup dewan negeri,semua ahli mesyuarat exco kerajaan haram BN Perak buat mesyuarat kat istana duit rakyat sultan Perak.Sultan jadi speaker,jadi MB,jadi exco .sultan boleh jadi macam2 lagi.sultan nak jadi aaapppaaapun mamak pangkor.... bagi!! ,asal sultan ..................

Sunday, February 15, 2009

Pakatan diingat jangan over confident.

Saya menasihatkan Pakatan Rakyat usah over confident dalam mengharungi prk di dua bukit ini,iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Gesaan saya bukan bertujuan melemahkan atau ada maksud tertentu tetapi sejarah banyak membuktikan bahawa Over confident boleh membawa padah.Lihat apa yang telah berlaku pada BN ,Pada PRU lepas akibat terlalu yakin mereka dapat mengekalkan majoriti akhirnya mereka kehilangan sebahagian kerusi parlimen dan lima negeri.Pimpinan mesti waspada dengan taktik Najib yang lebih cenderung kearah kejahatan dan salahguna kuasa secara berlebihan.Ruang detik yang panjang apabila tarikh mengundi diusung hingga kehujung 7 April,sesuatu yang belum pernah berlaku apabila tarikh prk ditetapkan diakhir 60 hari tempoh prk.Mereka pasti akan merencana rancangan jahat seperti mengubah daftar pemilih,menghilang pemilih India,menyediakan pengundi hantu.Ini antara babak seram yang paling menakutkan kita.Saya berpesan kepada teman2 agar memanfaat waktu yang panjang ini dengan pelbagai aktiviti yang membina kekuatan pakatan.Usahlah kita asyik leka dan seronok melihat drama pemilihan agong UMNO mac depan.Walaupun kita mungkin menerima impak positif daripada keadaan dalaman mereka yang kucar kacir ini bukan bermakna mereka tidak bersedia.
Isu meletakkan calon biarlah pucuk pimpinan yang memutuskanya dan saya ingatkan kepada pelobi agresif supaya merendahkan volume lobi anda supaya calon dilihat lebih konsisten dan bukan gelojoh dan tamak.Walau apapun alasan pelobi,tindak tanduk songsang akan mamburukkan keadaan dan tidak mambantu sesiapapun.
Buat jentera pakatan,tunjukanlah semangat pakatan yang tinggi.Kita dituntut supaya lebih matang menangani keadaan supaya keutuhan pakatan dapat menggerunkan pertahanan BN.Lupakan kerut2 lepas dan kita mara menyerang kuasa kejahatan melampau yang diterajui sekarang oleh Najib Altantuya Scorpine B.Rosmah Al-Kaki Joli.

Saturday, February 7, 2009

Sultan oh! sultan.

Pada jangkaan saya, selepas ini kita akan dapat menyaksikan lagi beberapa insiden berkaitan kuasa kesultanan Melayu terhadap PR dan juga rakyat.Sultan2 ini akan menunjukan kuasa mereka kepada rakyat.Mereka akan melakukan beberapa perkara supaya rakyat kembali sujud dikaki mereka.Umno akan memainkan peranan utama dalam mewujudkan suasana ini.Sekarang ini pun sudah bermula seperti laporan polis terhadap DSAI dan DS Nizar ekoran keenganan mereka menerima keputusan sultan Perak melepaskan jawatan menteri besar Perak walaupun tindakkan itu jelas melanggar undang tubuh negeri Perak.
UMNO akan mengadakan demontrasi menjunjung kasih sultan perak kononya mereka lah yang paling sayang dan kasih kepada sultan yang zalim ini.Walaupaun yang akan hadir demontrasi tersebut entah buat solat lima waktu atau tidak.tepuk dada tanya selera.
Krisis sultan perak dengan rakyat perak tidak akan berkesudahan sebulan dua ini sahaja,bahkan ia menjadi titik mula runtuhnya sistem kesultanan melayu negara malaysia semenanjung.Saya tidak akan nafikan sekiranya cucu saya tidak lagi kenal dan mengetahui fungsi sultan2 ini.Banyak negara yang sudah tidak mengamalkan sistem beraja,keadaan ini berterusan apabila satu demi satu sistem beraja dan sultan yang hanya menghabiskan duit rakyat ini tertanam dinegara sendiri.Terkini sistem raja Nepal.Di Asia tenggara sendiri hanya Malaysia dan brunei masih ada sultan yang lain dah hilang dan tinggal sejarah.Thailand hanya Raja sahaja tak ada sultan yang ciput2 ni.Di india mungkin ada,tetapi Raja Kapur.
Aku tak kisah ada atau tak ada sistem ini,setakat nak naung orang Melayu dan kepentingan Melayu aku tak nampak apa2.Yang aku nampak bila raya dan nak dapat pangkat.
Kalau nak lindung orang melayu aku rasa tak payah pakai sultan,hanya ilmu dan kesungguhan dapat melindungi orang melayu daripada terpelanting.Zaman sekarang hanya orang berilmu dan cerdik boleh menguasai dunia ,Bukan mesti ada UMNO dan sultan yang dok perabih duit rakyat,joli sana sini pas tu minum arak.
Selepas ini akan ada kumpulan baru muncul yang akan mempertikai sultan2 yang dok ada di negara kita.itu sudah pasti.selepas 30 tahun dari sekarang sistem sultan2 ni mungkin dah tak ada,kalau kita umur panjang kita boleh tengok.Sekarang nipun orang bukan pakai sultan2 ni.Tetapi hanya hal2 tertentu sahaja berbanding seratus dua ratus tahun dahulu.
Lepas ini mungkin ada akta baru akan dibuat iaitu akta menderhaka kepada sultan dan raja.Kalau UMNO buat lagi cepat sistem ini reput tinggal tunggul.

Thursday, February 5, 2009

Apabila undang2 dipermainkan

apabila undang2 telah dirogol dan perkotakkatikan maka tinggalah tunggul kering untuk rakyat.apabila bicara nurani tidak lagi dipandang mulia maka jalanraya pilihankita.Apabila wang mampu membeli segalanya hanya maruah rakyat mampu membayarnya.

AYUH KITA KE PERAK SEKARANGGGGGGGGGGGG........!!!!!!!!!

AYUH KITA KE PERAK SEKARANGGGGGGGGGGGG..........!!!!!!!!

AYUH KITA KEPERAK SEKARANGGGGGGGGGGGGG..........!!!!!!

Wednesday, February 4, 2009

Mesyuarat Exco Perak berjalan macam biasa.

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi megandakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.
Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.
“Kita tak akan bubarkan DUN untuk buat pilihanraya.
“Mengenai kekosongn dua jawatan exco itu, kita akan putuskan pemangkunya dalam mesyuarat exco yang akan diadakan pada Jumaat ini,” katanya kepada mStar Online.
Semalam, Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata, jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.
Keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.
Ditanya mengenai pengganti tetap bagi jawatan exco tersebut, beliau berkata pelantikan itu memerlukan prosedur yang lebih teliti.
“Buat masa ini kita lantik pemangku dahulu kerana untuk melantik pengganti bagi jawatan exco yang tetap, kita perlu melalui proses yang lebih banyak termasuk memohon perakuan Sultan Perak,” katanya.

Tenang dan sabar.

semua orang jadi gabra ada yang sedih ,geram,meluat dengan politik dan ada pulak yang nak marah pada Anwar Ibrahim.
Ketika kita dibuai mimpi merampas lima negeri atas usaha keras Anwar dan rakan 2 dalam pakatan mereka takmau marah,apabila kita terlepas satu negeri ketika Anwar berusaha mempertahankanya semua naik angin kat Anwar.Besaq sangatkah dosa Anwar dalam hal ini.Sehingga ada pihak sanggup meletakkan kegagalan ini di bahu Anwar.Aku bela Anwar bukan aku bodek.Anwar pun tak kenai aku.Tetapi apa yang aku katakan ini adalah untuk menyedarkan sesetengah makhluk yang tak sedar diri.Tak ingatkah hampa kepada siksa yang telah Anwar dan keluarga tanggung selama beliau didalam penjara.

Hampa jangan ingat Anwar bodoh seperti yang sesetengah pihak sangkakan.Takkan semua strategi Anwar tentang nak rampas Putrajaya mesti cerita kat hampa semua.Tolonglah bertimbang rasa dan sabar sedikit masa lagi ,kita dah takjauh daripada sasaran.

Percayalah wahai umat pakatan kita tidak jauh dari SASARAN.