Monday, April 27, 2009

PRK Penanti pasti.BN letak calon.

Pilihanraya kecil Penanti telah pasti berlaku dan BN akan meletakan calon. Indikator yang saya perolehi Najib akan menjilat semula ludahnya dengan gelemanya sekali apabila mengubah keputusan untuk bertanding. Keputusan ini juga menggambarkan sikap sebenar beliau iaitu tidak berpendirian dan terburu2 ketika membuat keputusan, selain itu keputusan ini membuktikan suara mamak bendahara masih berbisa dan Najib sememangnya lemah dan mudah dipengaruhi oleh si mamak yang banyak membantu beliau sehingga Najib boleh menjadi PM.
Antara faktor meletakkan calon oleh BN di Penanti ialah mahu mengelak dilabelkan sebagai pengecut dan terlibat dengan syndrom takut mati.
Beberapa keputusan dan perubahan peraturan bodoh SPR terhadap pilihanraya ini juga memberikan petunjuk kecil kearah isu mereka mahu bertanding atau tidak.

Wednesday, April 22, 2009

Fairus sedang di pujuk.

Risikan mendapati Fairus TKM 1 sedang hebat dipujuk kumpulan tertentu supaya menarik perletakan jawatan beliau sebagai TKM pada awal April lalu. Sehingga kini kita boleh mentafsir dengan mudah bahawa Fairus sedang berusaha membersihkan namanya supaya membolehkan beliau mengekalkan kerusi dan jawatan beliau dalam kerajaan negeri.
Jika perkara seperti ini berlaku tahun lalu sudah pasti awal2 lagi Fairus akan didapati bersalah,tetapi kini sebaliknya berlaku apabila badan penyiasat sukar membuktikan kesalahan YB-YB PKR kerana bimbang berlaku pilihanraya kecil. Fairus akan didapati bersalah sekiranya beliau adalah YB PKR dari negeri Pahang.
Ada kemungkinan juga Fairus menarik balik perletakan jawatanya dan mengistiharkan beliau adalah YB bebas, jika ini berlaku maka berkemungkinan basar ahli-ahli kumpulan silat gayung yang pernah beliau naungi akan melakukan acara bebas!!! terhadap beliau.

Sunday, April 12, 2009

Undi pos

Jalan2 nak humban Pakatan Rakyat.

Menteri pertahanan yang baru Dato Zahid Hamidi telah membuat kenyataan untuk memantapkan system pertahanan Negara dengan menempatkan batallion tentera di setiap parlimen.

Apabila ada battalion maka ada undi POS. Mampus !!!!!!!!!!!!!

Berita terkejut.

Umno terkejut apabila Anwar unum kabinet bayangan.Timbalan PM yang baru menjelaskan itu kabinet khayalan bukan bayangan. Kalau betul itu kabinet khayalan yang BN gabra sangat pasaipa.Apa pasal zakar Najib tumbuh kat dahi????

Khor Soo Kun

Saya ketawa besar pabila kerajaan mewujudkan index prestasi menteri kabinet.Setiap enam bulan menteri BN akan dinilai prestasi mereka.Betulkah!!!!! BN ? Bos penilai ialah Khor soo Kun.Sekiranya ada pak menteri yang gagal dan lemah bolehkah So Kun tegur?kalau Hishamuddin Tun Hussien yang problem apa So Kun leh buat. Apabila ada pak menteri gagal dan lemah berkali2 apakah mereka sanggup letak jawatan?Kalau so Kun sendiri yang gagal menilai menteri dengan tepat apakah So Kun sanggup letak jawatan?Kalau Najib yang problem macam mana? jawab jangan tak jawab.Jawatan su kun pun belas ihsan Najib dan nak jaga gerakan.

Ini semua tak lebih dari wayang kulit sahaja,rakyat jangan terpesona dengan mukaddimah Najib Altantuya ni.Silap2 ini pun idea Mahadey.

Mintak kerajaan keluarkan garis panduan penilaian supaya rakyat pun boleh nilai menteri.Kalau biarkan kat BN dan Khor Soo Kun yang menilai , yang kantoi pun boleh jadi cemerlang,sebab takut hilang jawatan sebagai jurunilai.

Thursday, April 9, 2009

Apakah tindakan selanjutnya kerajaan Najib Mahadey.

Selepas seminggu Najib jadi PM,saya dapati Mahadey yang telah banyak buat keputusan selepas ini .Ini adalah laporan sebenar member2 yang rapat ngan Najib.Semua rancangan team Madey dan daim yang susun,Najib follow saja.
Selepas ini saya yakin tindakan seterusnya adalah tang kap Anwar dan humban sekali lagi dalam jail.Tindakan seperti ini akan diketuai oleh Madey.Dia tak boleh tengok Anwar selesa,sudah jadi darah dagingnya untuk zalimi Anwar,
Kejayaan Pakatan mempertahan kerusi dua bukit adalah bertunjang kemuafakatan parti dalam pakatan,kalau kita berpecah confirm rakyat tolak kita.Rakyat semakin yakin kepada kita kerana pemuafakatan tiga parti utama ini.Ini adalah usaha keras anwar menyatukan kita.Saya juga akur dengan Pemimpin PAS dan DAP yang sanggup berkerjasama dalam hal ini.Permuafakatan mesti teguh untuk kesinambungan kita,dan selepas itu rakyat akan pilih kita dalam PRU 13.
Bagaimana nak halang muafakat ini dan pecahkan perpaduan dalam Pakatan?Caranya ialah musnahkan siapa yang menciptanya dan mengusahakanya.Kiranya ia musnah maka mudahlah pakatan dipecahbelahkan.
Saya sangat mengharap pemimpin Pakatan boleh berganding bahu dan bertolak ansur sekiranya Anwar ditangkap semula jangan ada yang lebih2 dan puaskan penyokong sendiri dan akhir sekali kita yang rugi.
Kes Saiful Bukhari tengah tahun ini,saksikanlah dengan penuh teliti..........

Tuesday, April 7, 2009

Sudah sekian lama BN cemh Pakatan dan PKR

Saya dah bagi tahu awal2 kes keluar parti akan berlaku semasa kempen dan ia benar berlaku,Saya didalam PKR gembira dengan tindakan beberapa pemimpin bahagian PKR yang tinggalkan parti dengan harapan menokok nilai diri,tetapi sebenarnya tindakan ini telah menghumban mereka kekubur politik.
Kemenangan Hari ini adalah kemenangan rakyat,Pakatan jangan bermegah sebaliknya mesti bersyukur dan berterima kasih kepada pengundi.
Calon bukan lagi menjadi tajuk utama kepada rakyat untuk membuat pilihan sebaliknya dasar yang bersih dan tidak menyalahgunakan kuasa adalah impian mereka.
Lainlah penyokong Bn yang masih hidup dalam ruang lingkup minda tahun 60 AN.emakin jauh satu2 masyarakat dengan maklumat ,maka semakin jauh masyarakat tersebut dengan PakatanRakyat.Apa yang mesti dilakukan kan sekarang utk mengekalkan kemenangan dan sokongan rakyat kepada kita ialah jaga diri,parti,tingkatkan kesedaran ilmu dan dan tingkatkan dasar yang mengutamakan rakyat.

Biarlah Bn hina dan maki kita,lepas itu fitnah dan adu dombakan kita.Maka dengan satu tekad dan satu Pakatan ialah jangan toleh kebelakang dan terus maju kehadapan.Pakatan akan teraju negara!!! masa akan tiba ,Percayalah rakyat malaysia!!!

Monday, April 6, 2009

Bas PDRM jadi angkut pengundi hantu?

Saya tak sempat merakamkan peristiwa dimana pemandu bas PDRM sedang menurunkan orang awam di balai polis Bedong,sebanyak tiga buah bas telah sampai disitu, tak jauh dgn kawasan prk Bkt Selambau.Saya pasti itu orang awam sebab perempuan dan lelaki bersusuk gempal,berambut panjang telah turun dibalai polis tersebut, confirm orang awam.
Mereka ditempatkan dibelakang balai polis tersebut dan didalam khemah.Dari maklumat seorang penduduk yang tak dikenali mendakwa pondok ini baru didirikan tiga hari lalu.Menjadi persoalan mengapa pondok ini baru didirikan sedangkan kempen telah hampir tamat.Pasti bukan pondok polis.Jadi untuk apa dan siapa tinggal disitu.?

Saya juga mendapat maklumat pihak BN telah menggunakan perkhidmatan bas PDRM sebagai pengangkut pengundi hantu untuk mengundi di Bkt Selambau.

Saturday, April 4, 2009

Ada kata tak terkejut ...

Memang betui ,berita tentang kemasukkan kumpulan PPP dan beberapa pemimpin bahagian negeri Kedah bukan kejutan sebenar.Sebenarnya ada lagi kejutan yang betui2 terkejut selepas ini.Lepas PRK mungkin seminggu atau sebulan selepas tu.Sebab nak Lawan Mamat Najib ini bukan sehari dua saja.Kalau lepas semua tak dak defence plak lepas ni.

Kita akan buat kejutan lagi kalau BN buat kejutan kat kita pulak. Cokolat Angin akan beri clue sikit2 selepas ni...

PKR long...long..... forever

Dulu orang pandang PKR macam anak yatim yang miskin.Sekarang anak telah membesar dan semakin sihat semakin ramai nak berkawan sama PKR. PKR mengalukan sesiapa sahaja menyertai PKR asalkan bersetuju memegang prinsip yang sama iaitu perjuangan menegakkan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.No rasuah no salahguna kuasa no beli orang and no hipokrit.Reformasi....!!!!!!

Bukit Selambau 3 lawan 1

Aku dah agak perkara ini terjadi kiranya Al Tun Tuya Najib jadi Pm.Dia guna semula kepala zalim .Siapa lg kalau tak Tun Madey.Selain itu Pak Lah juga akan digunakan untuk menarik penyokong UMNO yang tak suka Madey dan Najib. Tiga manusia ini sebenarnya sedang bertarung dengan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.Itu sebenarnya yang berlaku.Depa ini akan sampai Bkt Selambau 6 HB 09

Pkr tetap akan menang di Bkt Selambau.Itu keputusan terkini culaan.Hangpa tak mau percaya sudah.

La ni ramai geng kita sedang diekori rapat oleh Ketua Cawangan polis Bkt Selambau.

Friday, April 3, 2009

Umno dah gelabah semua dia nak ugut.

Umno dan BN semakin terdesak di Bkt. Selambau,Ini berikutan tindakan parti sayap Umno yang baru iaitu PDRM menahan dan menyoal siasat pemilik rumah yang membenarkan program PKR di jalanlkan di kediaman beliau di Laguna merbok.Walau bagaimanapun pemilik rumah berkenaan dengan tegas mempertahankan pendiriannya membenarkan premis beliau digunakan oleh pihak PKR dalam kempen N25 Bkt Selambau.

Mereka (UMNO) begitu terkejut melihat pendudukLaguna Merbuk memberi sambutan hebat program kempen PKR.

Selain itu pihak polis juga membuat ancaman terhadap aktivis baru yang bergerak cergas dengan mengugut untuk ditangkap kerana bergerak aktif.Sekali lagi aktivis ini dengan pendirian tegas dan berani terus mara dengan lebih hebat lagi walaupun telah diugut.

Pejuang Paktan Rakyat bukan pengecut macam pemuda UMNO yang hanya berani apabila ada polis di belakang sahaja. Kami pemuda pakatan sanggup berkorban apa sahaja asalkan BN tumbang.

Wednesday, April 1, 2009

Kerajaan laki bini

Pemimpin pakatan lebih berisiko

Seluruh Negara menantikan Najib menjadi PM yang keenam.Riuh satu Pahang sedang buat persiapan menyambut PM paling kontrovesi dan terpalit dengan beberapa laporan polis.Paklah dijangka meletakkan jawatan esok dan jumaat ini seluruh penyokong Najib berduyun pergi kekediaman Najib bagi mengucapkan tahniah dan mencium tangan dengan harapan menjadi kroni Najib.

Namun itu dipihak Najib,tetapi bagi pihak Pakatan Rakyat risiko besar menanti pejuang kebenaran dan keadilan. Para pemimpin pakatan dan seluruh penyokong Pakatan akan melalui ujian yang dijangka lebih kejam dan zalim berbanding zaman Mahathir.

Seluruh penyokong dan pejuang keadilan dan kebenaran di bumi Malaysia bakal melalui zaman gelap dan pemerintahan kukubesi sekiranya manusia bernama Najib ini dimakbul kan doa Rosmah untuk suami beliau menjadi PM keenam.

Dulu semasa pemerintahan PakLah digelar kerajaan anak beranak,kini kerajaan Najib akan menjadi kerajaan laki bini. Segala keputusan penting akan diputuskan diatas katil bukan diparlimen atau putrajaya.